DiLea Open Tuition – BM_F2
19 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2026, telah berlangsung DiLea Open Tuition – BM _F2. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:45 pm sehingga pukul 03:45 pm. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar belajar maksud simpulan bahasa iaitu ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataaan tersebut. Selain itu, pelajar belajar contoh simpulan bahasa seperti air muka = rupa atau wajah seseorang, berat tulang = orang yang malas bekerja, kaki ayam = tidak memakai kasut dan sebagainya. Akhir sekali, pelajar menjawap soalan uji minda dan jom cari perkataan yang disediakan.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: